Tuesday, August 10, 2010

cinta dan kasih sayang~~

well seperti biasa berjalan-jalan di alam maya..
terjumpa di mukabuku...
cerita yang sungguh bererti bagi aku..dalam maksudnya..
alangkah bagus kalo sumorang mendengar nasihat guru ini..

ikutilah ceritanya.....



pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya.ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.
murid: cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
cikgu : ok kamu ikut apa yang saya suruh. kamu pergi ke padang. kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. pilih yang PALING cantik tanpa menoleh kebelakanglagi walau sekali. Dah petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas.


apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang di pilih?
murid: tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. memang ada banyak yang cantik, tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik, tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
cikgu: ya itulah jawapannya. maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. semoga yang berlalu tidak berulang lagi. dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan baik. walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi..

dalam mencari yang terbaik mungkin kita akan bertemu yang kurang memuaskan hati..
tetapi kadang kala kite silap..kite sudah ada yang terbaik, tapi kite masih memandang pada yang lain..lumrah kejadian manusia yang tidap pernah puas..adakah kita pernah bertanya pada diri, cukup baik kah aku untuk dirinya? mampukah aku untuk membimbing dirinya kepada yang lebih baik..??
kite selalunya bertanya, adakah dia cukup baik untuk diri kite, bukan sebaliknya..
kita menilai orang lain tapi kita lupa untuk menilai diri sendiri..

alangkah bagus kalau semua orang ikut cakap cigku kat atas nih..sure x der hati yang dilukai atau yang melukai..aku selalu ingatkan pada diri, kalo kite nak lakukan sesuatu, fikirkanlah jika orang lain melakukan perkara tersebut kepada kita adakah kita boleh menerimanya dengan hati yang terbuka??

voice massage: macam mana kalu rumput itu dalam taman orang lein? patutkah kite mencurinye??





No comments:

Post a Comment