Tuesday, September 10, 2013
Ouh My Atuk... -_-'
Motosikal terperosok bawah kereta
KUALA PILAH – Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) dekat sini nyaris maut apabila motosikalnya terperosok di bawah sebuah kereta jenis Myvi dalam kemalangan di simpang Masjid Jamek Yan Tuan Raden, semalam.
Mangsa, Amirul Hazim Mohamad Yusri, 21, dalam perjalanan ke kedai makan sebelum motosikalnya bertembung dan terperosok di bawah kereta yang dipandu seorang warga emas, Abu Bakar Long, 77.
Abu Bakar ketika ditemui memberitahu, dia dari arah kampung Hayat, Simpang Pelangai dalam perjalanan ke Pasar Awam Kuala Pilah.
Menurutnya, setibanya di kawasan berkenaan, dia memberhentikan kenderaan dan memastikan tiada kenderaan lalu kanan sebelum keluar simpang.
“Bagaimanapun, apabila keluar dari simpang depan masjid, pakcik tidak perasan ada sebuah motosikal masuk ke simpang laluan pakcik.
“Akibatnya, pakcik terlanggar penunggang motosikal berkenaan dan motosikalnya terperosok di bawah kereta Myvi pakcik,” katanya.
Tambahnya, dia masih trauma dan tidak menyangka akan terlibat dalam kemalangan meskipun tidak melibatkan korban nyawa.
“Sepanjang pakcik membawa kenderaan, ini kali pertama pakcik terlibat dalam kemalangan. Hanya ALLAH SWT yang tahu perasaan pakcik. Berdebar-debar dan bimbing keselamatan pelajar itu.
“Pakcik harap, pelajar itu hanya mengalami kecederaan biasa dan tidak serius. Masa pakcik keluar dari kereta, pakcik lihat dia boleh berdiri," katanya.
Kata Abu Bakar, dia rasa lega apabila melihat mangsa hanya luka di dagu dan calar di tangan.
"Pakcik rasa syukur kerana tiada kanak-kanak yang terlibat dalam kemalangan itu. Pakcik risau, kalau-kalau ada budak bersama pelajar itu tentu ada kecederaan serius.” katanya.
*******************************
Nih gambar dari harian metro edisi melaka & negeri sembilan.
Statement my atuk:
"Saya memandu selama 55 tahun dan ini kemalangan pertama yang sya hadapi"
Teringat statement atuk when i was involve in accident (twice)..."atuk Dah berpuluh tahun bawak kereta..tak pernah accident"
Well atuk...kan aino cakap..kite tak mintak accident to happen it just happen..sometime kite dah habis carefull, tapi orang lain pulak yang tak carefull...But Alhamdulillah nothing serius happen to both my atuk and the motorcyclist..
Me love u atuk..!!do drive carefully next time ok..
■coNfeSs
with ♥ ,
at:
9:09 PM
labels: . : faMilY : .
2
voice massage recorded, leave yours too ♥
labels: . : faMilY : .
Cyberjaya..i'm back
Wahhhh...
Almost setahun tak update blog...
Sebenarnye bnyk jer tulis update tp semua separuh jalan...last-last simpan jer dalam draf folder...
Sebenarnye nak bitau...
'I'M BACK TO CYBERJAYA..!!!'
Hehehehe..
Yup the good old place...ehh..no..no..no..
Not another company keyh..masih bekerja dengan bank islam..mungkin ini rezeki Allah nak bagi, sebab tu kene transfer to data center, cyberjaya.
Tuh jer nak update...excited keje kat cyber balik..no more traffic congested the best thing. :)
tapi no more car pool to office wif my dear hubby.. :( no more dating after work, 'ouh bulgogi brothers u'll be missed'..no more surprise luch date..no more 'let's hav coffee'..wuuuu banyak pulak yang tak best nye..
Dah lah...babai..
■coNfeSs
with ♥ ,
at:
12:52 PM
labels:
0
voice massage recorded, leave yours too ♥
labels:
Subscribe to:
Posts (Atom)