Saturday, March 22, 2014

Umrah..our journey (part 3)

Dah masuk day 2.

Tarikh: 14 Februari 2014
Hari: Jumaat
Lokasi: Madinah


Alhamdulillah..dapat solat Jumaat di masjid Nabawi. Sebenarnya tanpa kiteorg sedar, package yang kiteorang amik memang dapat solat Jumaat in both mosque; Nabawi and Masjidilharam.

second day nih quite hectic to us.
suppose pagi tu ada ziarah dalam. Tapi since kiteorg sampai pukul 8.30pagi so ziarah dalam di tunda ke waktu malam. Ziarah dalam nih is ziarah dalam masjid Nabawi. Ziarah ke makam Rasulullah Muhammad S.A.W. 

After isya' kami berkumpul di lobi untuk sama-sama melakukan ziarah. Was being told by our ustazah, untuk perempuan ade beberapa checkpoints sebelum sampai ke makam. Mula- mula memang tak paham. Bile dah masuk masjid baru lah tahu...apa kejadiannye. Perempuan di asingkan ikut continent (indonesia, pakistan, turkish, dan arab). Katenyer orang-orang malaysia dan indonesia nih lemah lembut kalau masuk sekali dengan orang arab ker pakistan ker memang kene langgar lah jawabnyer.

So..after going through 4 checkpoints, akhirnya sampai lah jugak di hadapan kawasan yang dipanggil Raudhah. (Each checkpoints took us almost an hour till we can move to the next check point..bersabar) Ya Allah..speechless sangat sebab diberi peluang untuk ziarah kekasih Allah. From the 1st check point hati ini sayu sangat...bile borak-borak dengan orang-orang lain distracted lah kejap. Tapi bile fikir balik how i was so greatfull for being invited, be a guest, be one of those who i might say lucky to be there...i just can't stop the tears. Bile fikir dosa-dosa yang dipikul lagi lah..rasa sangat tak layak untuk berjumpa dengan kekasih Allah. 

Kalau dulu memang tak boleh bawak masuk phone yang ade camera. Tapi mungkin sekarang nih derang dah longgarkan sikit. Gambar bawah kat nih taken from our 3rd check point. So near yet so far. Nampak kubah hijau tu...? Dibawah itu lah letaknye makam Nabi Muhammad S.A.W. Mase 3rd check point nih tak usah cerite lah...memang air mata dah macam air paip. 


"Assalammualaikum..Ya rasul Allah, ya habibullah..Ya Allah, aku datang kepada RasulMu dan aku mohon ampun kepadaMu di atas segala dosa, maksiat, dan kesalahan yang telah aku lakukan serta bertaubat tidak akan mengulangi lagi kesalahan tersebut. Semoga Engkau mengampunkan daku Ya Allah, Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun."


Alhamdulillah. Around 12 midnight kami dapat masuk ke dalam raudah. Just cant imagine how my feeling at the moment. Tapi sebelum masuk sempat text en.suami "sayang doakan i dapat masuk dalam raudah yer" . Dugaan masuk raudah...x perlu melangkah pun memang kene tolak dengan orang belakang..tetibe dah sampai kat depan. Untuk bahagian perempuan, kite tak dapat sampai ke depan makan Rasullullah S.A.W pun...kalau tak silap hanya sampai ke sebelah makan sahabat, Abu Bakar R.A. 

Cuba untuk solat dalam raudah. Tapi gagal. Depan belakang, kiri kanan orang tolak dan langgar. Baru angkat takbir dah kene langgar. At last, aku solat berdiri jer. Semoga solatku diterima Allah. Kemudian baru terdetik dalam hati, should have text en.suami supaya doakan aku dapat solat sempurna dalam raudah instead of just dapat masuk dalam raudah. Lesson learn. 

Lepas dapat solat. Just gather somewhere outside the area, waiting for other jemaah. Pukul 0130 pagi baru sampai bilik hotel kalau tak silap. What an experience. Syukur sangat sebab diberi kesempatan.


Entering day3 of our journey..

Tarikh: 15 Februari 2014 
Hari: Sabtu
Masa: 0130

Masa untuk berehat untuk meneruskan hari esok. Till then see you in the next entry..

Note: taking sometimes with this entry as i cant control my emotion. Rindu sangat...rasa dekat sangat dengan Baginda Rasullullah S.A.W.



♥, 




No comments:

Post a Comment