Tuesday, March 18, 2014

Umrah, the journey.. (part 1)

Alhamdulillah..

rasa bersyukur sangat..
Allah telah gerak kan hati kami dan telah menjemput kami menjadi tetamu-Nya..
sedar tak sedar dah sebulan lebih pun rupenyer dari tarikh kami berangkat.

perancangan nak mengerjakan umrah actually dah lama, since belum kawen. tapi kita hanya merancang Allah jugak yang maha menentukan. mase lepas kawen dengan en.pencuri, hati both of us terfikir the same thing.."sayang jom pergi umrah".
Last year, most of people whom i know ramai yang pergi umrah. lagi lah hati ni terpanggil-panggil untuk pergi jugak T_T. Bile tengok orang post gambar ka'bah dan cerite pengalaman mereka di sana sure sebak. tertanya diri sendiri.."bile lah giliran aku nak sampai sana..ya Allah jemput lah kami menjadi tetamu-Mu.."

tahun 2013 was quite hectic for us (en.suami jer yang bizi banyak..aku bizi body jer). dengan aku yang asyik kene pindah level kat opis till last September i was instructed to move to Cyberjaya. en.suami yang sooooooo the buzy bee as usual. imagine he had traveled to Russia more than 3 times in a year. exhibition here and there..ishhh buzy betul kan en.suami nih. so we decided to start looking to any pakej umrah yang available. research sana sini around december 2013..finally we choose Tabung Haji Travel Services (THTS).

Our planned sebenar nya nak pergi on January kalau boleh. Tapi all slot for january dah fully book. Paling awal was on 13th Feb and only 2 seat left available. I told en.suami mungkin ini memang rezeki kite. So we made all the booking payment rm1000/person. Our package was for 12days 10nights.

Waiting and preparation.
actually all our communication with THTS was through email. Around early january en.suami make a call to THTS asking them when should we submit our passport for visa. Nasib baik telipon..wuuu so by mid january hantar passport to THTS...so en.suami dah tak boleh out station oversea for the time...yippie yeay..!!

kursus umrah.
nak buat umrah pun kene gi kursus incase u guys tak tahu. Why..?
Well ade certain ibadah semasa mengerjakan umrah needed extra explaination from those guru agama. Such as berihram, larangan dalam ihram, tawaf, larangan dalam tawaf and many other things. Yup memang boleh baca buku..tapi dengan guidance dari guru agama semasa kursus 'pencerahan' itu lebih banyak. We both attended kursus kat Masjid Sultan Mizan Putrajaya sebab pn.Ana yang rekemen. Pn.Ana kaye ustaz dier best. Kursus was handled oleh pihak Tabung Haji, percuma dan terbuka pada sesiapa saje dan boleh amik injection semasa kursus ni jugak rm120/person kalau tak silap.

A month time sebelum berangkat. Masa untuk mencarik kelengkapan. As advice by kawan-kawan;

Ladies;
1) telekung (kain tak payah) - 4 helai termasuk 1tudung labuh.
2) jubah labuh - 2 helai
3) jubah seluar - 2 pasang
4) tudung/shawl - 4 *terpulang tak yah bawak pun tak pe
5) anak tudung - 5 *terpulang jugak, saye memang suke tukar2 anak tudung
6)stokin kaki - 4 pasang
7) stokin lengan - 3 pasang
8) kasut & sandal yang selesa
9) uncang kasut - kite org bawak laundry bag hotel warna kuning dari jauh dah nampak kalau letak kat tempat kasut.
Yang lain- lain korang budget sendiri lah, baju tido nyer, toiletries bagai..baju-baju keciknyer lagi. just jangan lupe bawak segala ubat-ubatan yang korang serasi, alat menjahit dan juga gunting, lotion dan heel balm jugak penting, facemask untuk habuk, sabun basuh baju (me prefer yang serbuk senang ; buat air sabun - rendam-rendam - bilas - sidai - settle)

Mens;
1) kain ihram - 2 pasang (kire 4 helai lah)
2) jubah labuh - 2 helai
3) baju melayu / baju raihan - 2 pasang
3) kasut/sandal yand selesa dan seliper yang nampakkan semua jari dan tumit (utk ihram)
4) tali pinggang ihram
5) kalau dah kawen bawak lah isteri masing-masing sebab isteri nih lah nanti yang akan tolong basuh dan make sure tak ade barang yang tertinggal ;)
Sama macam ladies, segala seluar2 kecik, t-shirt budget sendiri lah yer. Ubat-ubatan dan toiletries dah boleh share dengan isteri. Haaa nak promote sikit..untuk lelaki kalau boleh beli lah pelikat pants en.suami kate selesa nak pakai dengan baju raihan ke atau pakai kat dalam jubah panjang. Yer lah en.suami bawak 3 helai kot pelikat pants kalau tak silap.

Ok lah...entry nih dah panjang sangat..so lastly..here i share with u, how i normally do my packing list. Yup its to that details.


Will update later...tata..titi..tutu..

♥,



No comments:

Post a Comment