Monday, April 21, 2014

Umrah..our journey (part 5)

*sorry sebab terdelay update lama sangat

Stil in madinah...

Tarikh: 16 Februari 2014
Lokasi: Kota Madinah

Solat subuh yang paling sayu. 
Day that we gonna leave kota Madinah untuk ke Kota Mekah. Perasaan yang sangat-sangat susah nak diceritakan. Sebelum pergi solat subuh, dah berjanji dengan en.suami lepas solat nanti kite buat ziarah wada' atau ziarah selamat tinggal. 

Saying goodbye never been this hard.
Perasaan yang sangat-sangat sedih dan sayu. Bila lah dapat pergi sini lagi.
Saat sampai di kawasan depan kubah hijau tu memang sedih. Like i said in previous entry..rasa dekat sangat dengan Baginda Rasullullah S.A.W. 


Ibn Umar meriwayatkan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alayhi wasallambersabda:
“مَنْ جَاءَنِيْ زائِرًا لاَ يَهُمُّهُ إلاَّ زِيَارَتِيْ كَانَ حَقًّا عَلَيَّ أنْ أكُوْنَ لَهُ شَفِيْعًا” (رَوَاهُ الطَّبَرَانِي)
Maknanya: “Barangsiapa mendatangiku untuk berziarah, tidak ada tujuan lain kecuali ziarah (ke makam) ku maka sungguh menjadi hak bagiku untuk memberikan syafa’at kepadanya” (H.R. ath-Thabarani dan dishahihkan oleh al Hafidz Sa’id ibn as-Sakan dalam as-Sunan as-Shihah; kitab yang beliau karang khusus memuat hadits-hadits yang disepakati kesahihannya, seperti halnya Shahih al Bukhari dan Shahih Muslim, lihat: Ithaf as-Sadah al Muttaqin karya al Hafizh az-Zabidi, juz IV, hlm. 416).

suasana selepas subuh di masjid Nabawi




us..selepas ziarah wada'
(muke sembab sebab nangis)

Lepas balik dari ziarah wada' back to hotel for breakfast.
Mase breakfast ade lah borak dengan jemaah lain, kebetulan ade sorang nih nak pergi raudah. Asked en.suami to go too, buat lah solat hajat kat raudah manalah tahu doa dimakbulkan..inshaAllah.
Yup en.suami did go and rezeki...dapat sembahyang depan makam Rasullullah S.A.W alhamdulillah.

Nothing much for today.
Just getting ready to make move to Mecca by 2.00 after performing our solat Zohor.
Masa sebelum pergi solat Zohor dah cakap dengan en.suami, teringin sangat nak amik gambar proses jual beli depan masjid Nabawi. Peniaga menggunakan kaedah promosi yang sangat unik. Main baling-baling barang dagangan seperti jubah dan selendang. Macam gambar di bawah nih.


tak pasti kain ape yang dibaling, maybe selendang


another scene baling kain..very unique..!
sebelum terlupa, there is something really touch my heart after performing Zohor prayer. 
Malam sebelum tu ada lah borak dengan en.suami pasal kubah masjid Nabawi yang boleh terbukak. No wonder lah, masa solat Zohor dan Asar elok jer nampak kubah, tapi bile solat Maghrib sure dah nampak langit jer. (yup i almost pray at the same spot every time if possible). Did told en.suami that i wish i could see the opening moment.
So happen to be, lepas solat Zohor masa tengah baca doa i heard some mechanical noise and ruang solat makin cerah. Terus pandang atas...surprise sangat my wish came true. Subhanallah.

selepas zohor, kami bersiap sedia untuk ke kota Mekah.
Alhamdulillah kami bertolak on schedule. We'll stop at Masjid Bir Ali untuk berniat ihram umrah.

Selapas selesai, maka kami semua berada dalam ihram dan wajib mematuhi 13 larangan ihram sehingga lah bertahalul nanti. *dalam bas pun dah duduk asing dengan en.suami* hahahaha



Bir Ali

dalam pukul 11.00 malam tiba di Kota Makkah.
ustaz allocate 1 jam untuk bersiap refresh kan diri, kemudian kami akan melakukan tawaf dan saie.


Tarikh: 17 Februari 2014
Lokasi: Kota Makkah

Untuk pertama kalinya, melihat tempat bersujud selama ini Ka'bah.
Alhamdulillah. SubhanAllah.
mixed feeling...gembira, sedih, kagum..all in one. Gembira diberi peluang. Sedih mengenangkan dosa yang dibawa. Kagum dengan kebesaran-Nya. macam-macam perasaan lagi. Performing my first tawaf. Jujur aku hanya mampu tunduk. Terasa diri begitu kerdil..banyak dosa tapi Allah masih menerima diri ini, menjemput untuk menjadi tetamu-Nya. :(

Selepas sempurna 7 kali pusingan tawaf, kami terus melakukan Saie antara bukit Marwah dan bukit Safa dan seterusnya bertahalul. Selesai umrah pertama.

Thank you so much to my dear en.suami kerana peluang ini.
Allahmadulillah. Semoga diberi peluang lagi dan lagi. di murahkan rezeki untuk kami ke sana lagi insyaAllah.


till next update.


♥,


Tuesday, April 01, 2014

Umrah...our journey (part 4)


i'm trying my level best to blog my whole experience during this journey.
it's a journey which really touched my heart and soul. Alhamdulillah masih diberi ingatan yang kuat.

Tarikh: 15 Februari 2014
Hari: Sabtu

Masih diberi kesempatan untuk menghirup udara Madinah. Syukur.
After a hectic day on Friday, today we will explore some other places in Madinah. Yup let's go for ziarah luar. The tentative will start around 8.00 a.m in the morning and we'll try to get back by Zohor. 

Seperti biasa bila mempunya suami yang sangat punctual. We are among the first to be there at the waiting area. Buses pun dah ready to take us. 

as i said, the bus is a new bus. tapi tetap rosak. dugaan untuk kami sebenarnye.

And lets 'catch' some pictures...

some of us waiting atthe lobby for others. en.suami tengah bertanya sesuatu dengan ustaz ammar mutawif THTS.




selfie moment ^_^ 

Destinasi pertama: Masjid Quba'

Picture source: google.com

Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid an-Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad (SAW) Saws.jpg sebelum baginda tiba di Madinah ketikaberhijrah dari Makkah.
Masjid Quba kemudian disiapkan oleh Sahabat Rasulullah Saws.jpg. Rasulullah Saws.jpgmenghabiskan masa selama 20 malam (selepas hijrah) di samping bersembahyang dan beribadah kepada Allah s.w.t..
Rumah Saidina Ali terletak di belakang Masjid Quba, dan Nabi MuhammadSaws.jpg akan mendirikan solat sunat sementera menunggu Saidina Ali bin Abi Talib.

Sabda Nabi Saws.jpg lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)

Hope the info above enlighten u guys on the history of Masjid Quba.
Well the crowd in Masjid Quba nih pun predictable plus it weekend kan. And again nak masuk ke bahagian perempuan quite cramp, tapi jika niat kite memang untuk mengejar pahala-Nya dan mencari keredhaan-Nya inshAllah akan dipermudahkan segala urusan. Di bawah nih mE share with you bacaan amalan yang sering dibaca untuk memohon dipermudahkan urusan.


Doa permudahkan urusan:
ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخي
"Rabbi Yassir Wala Tu'assir, Rabbi tammim bil khair"


Manage to go through the crowd. Sebaik sahaja dapat masuk ke dalam masjid there is a spot just enough for me to perform my prayer. In comarisson, the crowd in Masjid Quba is acceptable compare to with crowd in Raudah. Selepas solat sunat tahiyatul masjid, buatlah solat sunat taubat. After salam ade orang tepuk bahu, tanda dier nak solat jugak. I do give away my space to the woman and alhamdulillah sangat Allah bukakan another space for me just in front of me. So manage to perform another solat sunat. 

Selesai solat, head back to the bus. As usual kene tunggu jemaah yang lain. Orang adalah super ramai..can't imagine kalau musim haji nanti macam mana.


Destinasi kedua: Jabal Uhud.

Melawat kawasan tinggalan perang Uhud. Honestly dah tak ingat pun pasal perang Uhud. Nasib baik ada guru agama untuk refresh kan balik ingatan nih. So korang pun rajin-rajin lah meng'google' yer.


kebesaran Allah. bukit yang menjadi saksi bertapa manusia sering tergoda dengan nikmat duniawi.


huk..huk...yup tat's mE bertudung labuh. *sipu sipu pulak aih*


Dari jabal Uhud, kami bergerak ke ladang kurma. 
It's shopping time..!! Bukan nyer pergi ladang sangat pun, just kedai kurma tu dikelilingi ladang kurma. 
Orang memang ramai dekat kedai kurma nih..so let's en.suami do the shopping. ^_^

sesi memilih kurma. ade kecik ade besar.
for us, memang kurma nabi yang menjadi pilihan


some candy. yang ni boleh beli campur-campur. harga semua sama.


i told you. memang menyerahkan tugas membeli kepada en.suami =D


Settle membeli belah...let's head back to madinah.
Sempat lah lalu di hadapan masjid Qiblatain (Masjid 2 kiblat). Ada cerita di sebalik 2 qiblat ni. Silalah google yer.. :D

Sebelum terus ke hotel, singgah sebentar di pasar kurma. 
Boleh lah nak beli kurma lagi jika masih belum cukup. Apa beza kurma anta di ladang kurma dengan di pasar kurma. Kurma-kurma di ladang lagi fresh and juicy dan ade variety of sizes compare dengan di pasar kurma. In term of price, di pasar kurma since datang dalam 1 size, so harga adalah lebih murah.

Sampai depan hotel around pukul 1200 tengah hari. Hantar barang naik bilik then terus ke masjid untuk solat Zohor. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bersolat di masjid Nabawi.

since esok dah nak berangkat ke Mekah, so petang tu kami jalan-jalan sekitar masjid untuk mencuci mata. dapat lah sehelai jubah...tenkiu again kepada en.suami. dapat isteri yang malas pegang duit memang macam nih. duit sume dah bagi pada en.suami untuk tukar dan pegang. mE is malas plus kang memang cepat lah habis duit tu nanti. mE don't trust my self with money when i'm alone. pengakuan jujur lagi ikhlas. ^___^


ok lah...nanti sambung lagi yer..
till next entry...wassalam.




♥,


Saturday, March 22, 2014

Umrah..our journey (part 3)

Dah masuk day 2.

Tarikh: 14 Februari 2014
Hari: Jumaat
Lokasi: Madinah


Alhamdulillah..dapat solat Jumaat di masjid Nabawi. Sebenarnya tanpa kiteorg sedar, package yang kiteorang amik memang dapat solat Jumaat in both mosque; Nabawi and Masjidilharam.

second day nih quite hectic to us.
suppose pagi tu ada ziarah dalam. Tapi since kiteorg sampai pukul 8.30pagi so ziarah dalam di tunda ke waktu malam. Ziarah dalam nih is ziarah dalam masjid Nabawi. Ziarah ke makam Rasulullah Muhammad S.A.W. 

After isya' kami berkumpul di lobi untuk sama-sama melakukan ziarah. Was being told by our ustazah, untuk perempuan ade beberapa checkpoints sebelum sampai ke makam. Mula- mula memang tak paham. Bile dah masuk masjid baru lah tahu...apa kejadiannye. Perempuan di asingkan ikut continent (indonesia, pakistan, turkish, dan arab). Katenyer orang-orang malaysia dan indonesia nih lemah lembut kalau masuk sekali dengan orang arab ker pakistan ker memang kene langgar lah jawabnyer.

So..after going through 4 checkpoints, akhirnya sampai lah jugak di hadapan kawasan yang dipanggil Raudhah. (Each checkpoints took us almost an hour till we can move to the next check point..bersabar) Ya Allah..speechless sangat sebab diberi peluang untuk ziarah kekasih Allah. From the 1st check point hati ini sayu sangat...bile borak-borak dengan orang-orang lain distracted lah kejap. Tapi bile fikir balik how i was so greatfull for being invited, be a guest, be one of those who i might say lucky to be there...i just can't stop the tears. Bile fikir dosa-dosa yang dipikul lagi lah..rasa sangat tak layak untuk berjumpa dengan kekasih Allah. 

Kalau dulu memang tak boleh bawak masuk phone yang ade camera. Tapi mungkin sekarang nih derang dah longgarkan sikit. Gambar bawah kat nih taken from our 3rd check point. So near yet so far. Nampak kubah hijau tu...? Dibawah itu lah letaknye makam Nabi Muhammad S.A.W. Mase 3rd check point nih tak usah cerite lah...memang air mata dah macam air paip. 


"Assalammualaikum..Ya rasul Allah, ya habibullah..Ya Allah, aku datang kepada RasulMu dan aku mohon ampun kepadaMu di atas segala dosa, maksiat, dan kesalahan yang telah aku lakukan serta bertaubat tidak akan mengulangi lagi kesalahan tersebut. Semoga Engkau mengampunkan daku Ya Allah, Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun."


Alhamdulillah. Around 12 midnight kami dapat masuk ke dalam raudah. Just cant imagine how my feeling at the moment. Tapi sebelum masuk sempat text en.suami "sayang doakan i dapat masuk dalam raudah yer" . Dugaan masuk raudah...x perlu melangkah pun memang kene tolak dengan orang belakang..tetibe dah sampai kat depan. Untuk bahagian perempuan, kite tak dapat sampai ke depan makan Rasullullah S.A.W pun...kalau tak silap hanya sampai ke sebelah makan sahabat, Abu Bakar R.A. 

Cuba untuk solat dalam raudah. Tapi gagal. Depan belakang, kiri kanan orang tolak dan langgar. Baru angkat takbir dah kene langgar. At last, aku solat berdiri jer. Semoga solatku diterima Allah. Kemudian baru terdetik dalam hati, should have text en.suami supaya doakan aku dapat solat sempurna dalam raudah instead of just dapat masuk dalam raudah. Lesson learn. 

Lepas dapat solat. Just gather somewhere outside the area, waiting for other jemaah. Pukul 0130 pagi baru sampai bilik hotel kalau tak silap. What an experience. Syukur sangat sebab diberi kesempatan.


Entering day3 of our journey..

Tarikh: 15 Februari 2014 
Hari: Sabtu
Masa: 0130

Masa untuk berehat untuk meneruskan hari esok. Till then see you in the next entry..

Note: taking sometimes with this entry as i cant control my emotion. Rindu sangat...rasa dekat sangat dengan Baginda Rasullullah S.A.W.



♥, 




Thursday, March 20, 2014

Umrah, journey begins.. (part 2)

Tarikh penerbangan: 13 Februari 2014
Masa berlepas: 1515



Kiteorang ambil cuti sehari sebelum jer, just untuk packing. Penerbangan kiteorang Kuala Lumpur - Jeddah tapi kami masuk Madinah dulu. Jadi tak perlu berpakaian ihram dari Malaysia.

Pagi yang cerah.
Memandangkan 13hb tu hari bekerja...so just Parents In Law jer yang hantar ke airport. Kite orang dah buat dialog syahdu.. "kalau tak boleh hantar pun tak pe, kami naik teksi jer.." wuhuhuhu...pasrah sunghuh bunyi nyer.
Sebelum berlepas ada taklimat sikit by THTS di booth THTS di KLIA. masa nih baru lah nampak muka ahli rombongan yang lain.



Taklimat dari pihak THTS..yang pakai vest tu guru agama yang mengiring. Ustaz Abu Hassan

Well bile isteri yang pegang camera..haruslah muke suami jer yang ade...


Mixed feeling.
Excited but at the same time risau and nervous. Dah la nak jadi tetamu Allah, banyak dosa aku pikul kat atas bahu nih...semoga dipermudahkan perjalanan kami...




Flight was on schedule.
Nasib baik jumpe program e-learning dalam flight, so bace lah quran sikit tapi sebelum tu dah habis tengok movie Batman pun. -_-'
Touch down Jeddah around 1930 hours. Malam dah. Turun dari plane same macam kat LCCT, turun tangga then tunggu airport shuttle pick-up. Sampai kat terminal....MashaAllah..!!! ramainye worang..glup.

Beratur paling lama untuk immigration..bertabahlah.



As expected.
Start beratur around 2000 hours, pukul 2345 baru dapat naik bus. Terbaik. Menguji kesabaran dan keimanan. Imigration was supper slow, people cutting queue..sighhh T_T ujian pertama.
Bile kami semua dah bising, imigation officer suruh lepaskan perempuan dulu. Bagus. Next, settlekan lelaki yang tua. Ouhh Bagusnye. Last baru lelaki sihat. Haaa yer terima kasih sebab saya kene tunggu en.suami almost sejam. Sabar yer pn.Aino.

Tarikh: 14 Februari 2014
Masa: 0030
Lokasi: Jeddah international Airport

Immigration settle.
Now let's head to Madinah. Jeddah - Madinah approximately 4hours driving.
Bismillah....
Masuk bus dah tak fikir ape dah, mE want to sleep.

Ujian lagi... T_T
Bas rosak, padahal bas baru nih. So kene stop tepi jalan untuk driver betulkan/tengok ape tang rosak. Rombongan kami 49 orang, bahagi 2 bus. Nasib baik both bus gerak seiring sejalan. Adelah 3 kali berhenti untuk repair bus. Berhenti yang ke-2 kat RnR untuk kami solat jama' maghrib n isya'. Kali ke-4 berhenti, kami kate kat driver dah la kite combine bus jer. Kalau tak, lagi lambat kami sampai Madinah. Yup by the time memang dah tak sempat nak subuh di masjid Nabawi. Kenelah subuh di RnR jugak..pasrah.

Around 0830 finally we reached at the hotel. Hotel Anwar Movenpick Madinah. Alhamdulillah, hotel pun sangat dekat dengan masjid. Sampai-sampai turun bus terus pergi dewan makan untuk breakfast. Lapo wooooo...beg-beg semua pertugas THTS yang uruskan. Masa makan derang dah suruh pick up kunci bilik masing-masing kata nya beg-beg pun dah diletakkan depan pintu. Yang best nyer kiterorg dapat room for 4..,weeeeee besar giler. So berehat kejap, then terus bersiap untuk solat Jumaat. Sedey sebab terlambat sikit, so tak dapat solat kat dalam masjid. Solat depan pintu jer lah jawabnye..atas lantai yang sejuk. Brrrrr...gigil wooooo padahal dah tengah hari.


Perjalanan...akan diteruskan ke entry yang berikutnye.. (Part 3)

♥,